Terbit Buku Sendiri 10 : 6 Jenis Kos Yang Terlibat Bagi Menerbitkan Buku (Kos Kaver).

Yang dimaksudkan dengan kos kaver ialah bayaran kepada designer yang telah menyediakan kaver buku 

Kaver yang baik adalah kaver yang dapat memikat hati bakal pembaca untuk menyentuh, menyelak dan memeluk buku itu untuk dibawa pulang ke rumah. 

Jangan nilai buku daripada kaver bukanlah ayat yang boleh menjadi pegangan penulis yang mahu hidup sepenuh masa dengan pendapatan daripada jualan buku.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 9 : Langkah-langkah Menerbitkan Buku Sendiri (Selepas Terbit).

1. Promosi buku yang sudah diterbitkan setiap hari.

2. Gunakan media sosial untuk kongsikan nilai-nilai dan juga ilmu yang ditulis dalam buku itu.


3. Ulang cetak mengikut permintaan daripada pembaca.

4. Siapkan buku kedua dan seterusnya. Penulis yang sudah merancang kejayaan buku insya-Allah tidak akan terperangkap dengan kejayaan buku pertama. Penulis perlu kekalkan momentum menerbitkan buku.

5. Bercerita tentang buku yang sudah diterbitkan kepada rakan-rakan dan saudara.


6. Promosi dan jual sendiri buku yang diterbitkan bersama tandatangan. Penulis yang menjual sendiri bukunya didapati dapat menghabiskan cetakan pertama lebih pantas daripada biasa. Semakin cepat buku habis dijual, semakin pantas buku dapat diulang cetak.


7. Bekerjasama dengan perpustakaan negara pengedar dan juga kedai buku sekiranya diminta untuk meluangkan masa dalam sesi bersama penulis.


8. Bagi penulis yang telah memohon ISBN daripada PNM, pastikan 5 unit buku dihantar kepada pihak perpustakaan negara seperti yang dinyatakan dalam surat permohonan ISBN bagi simpanan pihak perpustakaan.


Selamat bertindak!



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 8 : Langkah-langkah Menerbitkan Buku Sendiri (Semasa Terbit).

1. Semak ejaan dan tanda baca sebelum hantar kepada pencetak : Upah editor freelance untuk semak manuskrip tuan-tuan. Supaya buku yang mahu dicetak nanti berkualiti dan berbaloi dibayar untuk dibaca.

2. Semak susun atur layout : Pastikan nombor muka surat, jarak antara tepi buku dan bahagian ayat tidak silap bagi mengelakkan buku yang dicetak perlu ditampal-tampal pembetulan.


3. Design kaver dapatkan ukuran tepat daripada pencetak. Ukuran tebal tulang buku dan juga ukuran kaver depan dan juga kaver belakang.


4. Pastikan pengikut dan bakal pembaca tahu akan kewujudan buku ini sebelum ia siap dicetak.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 7 : Langkah-langkah Menerbitkan Buku Sendiri (Sebelum Terbit).

1. Promosi : Kongsikan kepada bakal pembaca ilmu-ilmu yag tuan tulis dalam buku itu. Bukan menjualnya dengan cara mendesak. 

Kanye West, “Don’t ever try to sell me on enything. Give me all the information and I’ll make my own decision.”


2. Rancang kejayaan buku : Sebelum menulis, sebaik-baiknya buat perancangan dulu berapa buah judul mahu tulis dalam siri ini? Bagaimana mahu promosi? Siapa bakal pembaca? dan lain-lain.




3. Kenal pasti bakal pembeli : Siapakah pembaca buku Tuan? Jika mahu menulis buku kanak-kanak adakah pembeli itu kanak-kanak atau ibubapa? Jika mahu menulis buku tentang kejuruteraan dimanakah mereka melepak dan bersosial?

4. Siapkan manuskrip : Mulakan menulis manuskrip sehingga siap.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 6 : Self Publish Itu Apa Sebenarnya?

Self-Published ataupun terbit buku sendiri adalah salah satu cara menerbitkan buku.

freeimages.com

Selain daripada kaedah biasa yang diamalkan oleh kebanyakan penerbit penulis tidak perlu keluarkan duit untuk membayar duit mencetak buku, membuat bayaran untuk kos kaver, editing dan layout.


Bagaimanapun buku bukanlah salah satu kaedah saja bagi menyampaikan ilmu. Ada pelbagai lagi medium yang boleh digunakan untuk tujuan berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada manusia di luar sana.



Selain buku boleh juga gunakan kaedah, ebook, rakaman video, rakaman mp3, games, apps, board games dan pelbagai lagi kaedah. bagaimanapun dalam ebook ini saya akan kongsikan kaedah bagaimana menerbitkan buku sendiri, ataupun nama lain yang kita biasa dengar self published. 
Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 5 : 6 Tindakan Penting Sebelum Terbit Buku Sendiri

PASTIKAN MANUSKRIP BERSIH


Bersih yang saya maksudkan adalah bersih dari sudut ejaan. Pastikan pembaca rasa bebaloi untuk membaca dan mempromosi secara percuma apabila membaca buku Tuan. Kesalahan ejaan beberapa patah perkataan adalah dimaafkan. 

Namun, sekiranya terdapat kesalahan ejaan pada setiap bab. Itu adalah masalah besar yang perlu dirawat. Jika tidak tuan akan popular menjadi penulis yang tidak teliti.
freeimages.com

Kesalahan ejaan yang tidak dibaiki sebelum buku dicetak adalah kerugian wang yang besar. Tuan perlu cetak sticker untuk tampal di atas ejaan yang salah itu. Sticker itu adalah duit….

PASTIKAN DESIGN KAVER TEPAT

Design kaver adalah perkara pertama yang akan menarik pandangan bakal pembeli dan juga pembaca. Di sini saya mahu tekankan dari sudut teknikal. pastikan semua logo, nama penulis, judul buku berada dalam 1.5cm daripada setiap sudut tepi buku.

Jika buku mahu menggunakan perfect binding, dapatkan ukuran tebal tulang buku daripada pencetak. Ukurannya bergantung dengan ketebalan buku mengikut jumlah muka surat dan juga tebal kertas.

Kaver belakang buku juga serupa dengan kaver depan buku. Sebaiknya, letakkan kod bar ISBN di belakang buku. ISBN boleh dimohon daripada Perpustakaan Negara Malaysia di tingkat 3.
PASTIKAN LAYOUT DALAMAN KEMAS

Tidak semestinya layout buku tuan perlukan kerawang ataupun berbunga-bunga. Pastikan kemas dan sedap mata memandang untuk dibaca. Layout bagi buku kanak-kanak berbeza dengan layout untuk buku bisnes nonfiksyen.

Bagaimana mahu dapatkan font yang sama seperti buku yang diterbitkan di pasaran oleh penerbit besar? Tuan buka pada muka surat hak cipta, disitu ada penerbit seperti PTS Media yang ada nyatakan mereka menggunakan font jenis apa berserta saiznya. 

DAPATKAN SEBUT HARGA

Dapatkan sebut harga kos cetakan buku sebelum membuka borang tempahan. Selepas menerima sebut harga barulah letakan harga yang mahu dijual dan kemudian buka tempahan.

Jangan sesekali mengambil tempahan yang sudah dinyatakan harga buku sebelum mendapatkan kos cetakan. Tuan-tuan akan menjadi sukar mengubah harganya. 

DAPATKAN PEMBELI SEBELUM MENCETAK

Promosi buku semasa buku sedang disiapkan. Jika mahu terbit dengan penerbit mungkin ia menjadi sedikit sukar kerana tuan tidak dapat kawal bila mahu cetak dan terbitkan buku itu. 

Melainkan tuan penulis ternama dan sudah ada banyak buku bersama penerbit itu, insya-Allah tuan boleh bincang bersama penerbit bila mahu lancarkan buku.

Namun, disebabkan tuan menerbitkan buku ini sendiri. Jadual terbit dan cetakan tuan yang akan tentukan sendiri. Jadi, sebaik-baiknya kerapkan berkongsi maklumat buku itu sebelum buku diterbitkan.

Sebaik-baiknya konsisten berkongsi tentang topik itu 3 bulan berturut-turut di media sosial dan juga blog tuan.

MERANCANG KEJAYAAN BUKU

Menjadi penulis bukan sekadar tulis dan terbit saja. Ada banyak perkara lain yang perlu dibuat. Saya akan kongsikan tentang merancang kejayaan buku ini akan datang.

Selamat bertindak!
BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 4 : Berapa banyak modal jika mahu cetak buku sendiri?

Berapa banyak modal jika mahu cetak buku sendiri?


Dalam artikel sebelum ini sudah saya kongsikan tentang 6 jenis kos yang perlu diperolehi bagi menerbitkan buku sendiri. Ia melibatkan kos design kaver, layout dan editing, kos cetak, kos pemasaran, kos gudang simpanan dan juga kos penghantaran buku.

freeimages.com

Jadi berapa jumlah modal yang diperlukan oleh penulis yang mahu terbit buku sendiri? Modalnya bergantung kepada tuan-tuan. Sekiranya tuan dapat melakukan sendiri sebahagian daripada 6 jenis kos di atas, tuan boleh menjimatkan beberapa ratus ringgit. Kemudian hanya sediakan kos cetakan saja.


Kos cetakan pula bergantung kepada jenis buku yang kita mahu terbitkan. Ia berkait langsung dengan :

  1. Jumlah muka surat 
  2. Berapa muka surat berwarna 
  3. Berapa muka surat hitam putih 
  4. Jenis binding 
  5. Saiz buku yang mahu dicetak 
  6. Jumlah unit cetakan 
Sekiranya tuan-tuan sudah mempunyai 6 maklumat di atas, tuan boleh dapatkan sebut harga mencetak buku. Kos cetakan bagi 300 unit ke bawah adalah lebih tinggi berbanding 1000 unit dan ke atas.
Anggaran kos cetakan bagi seunit buku pula bermula daripada RM14.00+- sehingga RM3.00+ -Bagaimanapun ia sentiasa berubah berdasarkan kepada 6 maklumat di atas. Jika salah satu daripada 6 perkara itu berubah, maka kos cetakan juga akan berubah.

Selamat bertindak!
BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 3 : 6 Jenis Kos Yang Terlibat Bagi Menerbitkan Buku.

1. KOS COVER

Yang dimaksudkan dengan kos cover adalah bayaran kepada designer yang telah menyediakan cover buku Tuan-tuan.

Cover buku yang baik dapat memikat hati bakal pembaca untuk menyentuh, menyelak dan memeluk buku itu untuk dibawa pulang ke rumah.

Jangan nilai buku daripada cover buku bukanlah ayat yang boleh menjadi pegangan penulis yang mahu hidup sepenuh masa dengan pendapatan daripada jualan buku.

Penerbit pun sanggup membayar ratusan hingga ribuan ringgit kepada designer untuk mendapatkan kaver yang menarik dan menjual.

freeimages.com

2. KOS LAYOUT dan EDITING
Layout buku berbeza dengan layout ebook. Sekiranya kita menulis dan menerbitkan manuskrip dalam bentuk ebook.

Penulis tidak perlu bimbang tentang ukuran dan kedudukan perkataan. Namun, untuk buku bercetak, susunan layout dan saiz huruf sangat penting.


Ini kerana, susun atur kedudukan ayat dalam buku bercetak tidak boleh diubah sebaik saja buku siap dicetak. Disebabkan itu, penulis perlu pastikan saiz huruf sesuai untuk dibaca sebaik saja buku siap dicetak.
Sekiranya kita menulis buku kanak-kanak, maka saiz perkataan perlulah tidak menjejaskan pandangan mata pembaca. Begitu juga dengan umur-umur pembaca yang disasarkan.
Sekiranya mampu, bayar kepada editor yang boleh membuat susun atur kedudukan ayat. Jika tidak boleh juga buat sendiri, gunakan apa saja sumber yang ada di rumah.

3. KOS CETAK

Penulis perlu dapatkan kos cetak daripada pencetak sebelum menghantar manuskrip untuk dicetak.
Ini bagi memastikan penulis dapat merancang kewangan mereka seterusnya memastikan ia memberikan pulangan yang berbaloi untuk ulang cetak dan cetakan buku kedua dan seterusnya
4. KOS PEMASARAN
Pada masa ini media sosial telah banyak mengangkat orang yang tidak ada apa-apa menjadi seseorang.
Bertambah menarik kebanyakannya memberikan pengguna akses percuma untuk menjadi dikenali di seluruh dunia. Jika tidak pun mungkin dikenali di Malaysia.
Twitter, Facebook, Blog, YouTube itu semua adalah tempat bermain dan membuang masa. Namun, penulis perlu gunakan sepenuhnya peluang itu untuk memasarkan diri dan juga produk hasil tulisan mereka.
Gunakan medium yang percuma terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan promosi yang berbayar.

5. KOS GUDANG

Penulis yang terbit sendiri secara Print On Demand (POD) tidak perlu memikirkan hal ini.
Hanya penerbit saja yang menanggung kos ini kerana mereka mempunyai judul buku yang banyak untuk disimpan di dalam stor sebelum buku beredar ke rak di kedai buku.
Penerbit perlukan gudang untuk menyimpan buku. Selain itu penerbit juga perlukan pekerja gudang, forklift untuk mengangkat pallet buku, dan lain-lain.
Penulis yang menerbitkan sendiri dan terbit secara POD tidak perlukan forklift dan pekerja untuk mengurus buku di gudang.

6. KOS PENGHANTARAN

Ini adalah kos yang berkaitan sepanjang tempoh menguruskan manuskrip sehingga menjadi buku.
Penulis juga boleh fikirkan tentang kos penghantaran (pos) kepada pembaca buku sebelum menetapkan harga sesebuah buku.
Robert Frost, “No tears in the writer, no tears in the reader. No surprise in the writer, no surprise in the reader.”

Selamat bertindak!


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 2 : 3 Golongan Yang Boleh Terbit Buku Sendiri.

1. Trainer 

Seorang trainer, penceramah, motivator, dan juga menerbitkan buku sendiri. Ia dapat membantu penjenamaan Tuan-tuan kepada para pelanggan. Dalam masa yang sama ia juga dapat menjadi pendapatan sampingkan semasa Tuan menjalankan program. 

www.freeimages.com

Ia membantu para peserta untuk lebih kenal Tuan dan syarikat dengan lebih dekat. Selain itu Tuan sudah mempunyai khalayak pendengar sendiri, apa yang perlu dibuat adalah berikan mereka produk supaya mereka dapat bawa pulang ilmu Tuan ke rumah. 

Saya ada mengenali beberapa orang trainer yang sudah penat berceramah, akhirnya menulis buku. 

2. Rakyat biasa.


Sudah pasti Tuan mempunyai idea yang mahu disampaikan kepada dunia. Jadi Tuan boleh tulis dan terbitkan buku supaya idea itu tidak bersemadi bersama jasad apabila Tuan mati nanti.

3. Tuan yang sedang membaca artikel ini.


Tuan yang sedang membaca. Ya Tuanlah. Tuan juga boleh menerbitkan buku sendiri. Bukan penulis saja yang boleh menerbitkan buku. Jika tuan seorang petani, peguam, tukang bersih pejabat, atau penternak kambing pun boleh menerbitkan buku. 

Selagi ia ilmu bermanfaat yang perlu disampaikan kepada pembaca, maka ia boleh diterbitkan untuk membantu para pembaca menjadi lebih bijak.

Stephen King, “If you don’t have time to read, you don’t have the time (or the tools) to write. Simple as that.”


Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri

Sekarang ini penerbit tidak perlu lagi bimbang mahu mendapatkan penulis. Bengkel penulisan juga boleh dikatakan sentiasa ada dianjurkan oleh penulis dan penerbit. Disebabkan itu kini penerbit sudah ada peluang untuk membuat pilihan hanya memilih penulis yang terbaik untuk diterbitkan manuskripnya.

Oleh itu penulis perlulah meningkatkan kualiti penulisan. Ini kerana setiap hari para editor dalam syarikat penerbitkan menerima puluhan emel proposal buku. Adakah proposal tuan-tuan menepati kehendak syarikat penerbitan itu?


Bagi memudahkan kerja memilih penulis yang berkualiti, penerbit menyaring penulis berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut :

Berapa ramai pengikut penulis itu di media sosial?
Siapa penulis ini?
Adakah bahasanya kemas ataupun perlukan rombakan manuskrip secara menyeluruh?
Senarai ini berterusan….

Penerbit terpaksa membuat pilihan seperti itu kerana kos menerbitkan sebuah judul semakin tahun semakin meningkat. Jika penulis tidak popular, penerbit perlu keluarkan banyak kos untuk promosikan buku itu.

Penulis yang sudah popular dan mempunyai pengikut sendiri lebih memudahkan tugas penerbit. Ini kerana penulis sudah mempunyai databasenya sendiri. Buku yang sudah dicetak dapat keluar cepat daripada gudang. Penerbit lebih pantas menjual buku.


Bagaimanapun, bukan bermaksud terbit buku sendiri kita tidak perlu mempunyai maklumat bakal pembaca. Malah penulis yang memilih jalan untuk terbit buku sendiri perlu lebih lagi bekerja kuat mengumpul maklumat bakal pembaca.

Selamat bertindak!

BACA :

BACA juga :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.