Terbit Buku Sendiri 16 : Idea Untuk Cover Belakang Buku.

Dalam aritkel-artikel sebelum ini ada saya kongsikan bahagian-bahagian yang yang ada pada cover buku.

Baik kali ini saya akan kongsikan idea untuk penulis apa ayng boleh diletakkan di bahagian belakang buku.

Biodata Ringkas : Yang dimaksudkan dengan biodata ini adalah biodata yang menyatakan latarbelakang kita yang pembaca perlu tahu sahaja. Selain itu, biodata juga dapat menyumbang kepada kadar kepercayaan pembaca kepada kredibiliti penulis. Cadangan saya adalah tidak melebihi 70 patah perkataan.

Sinopsis Ringkas : Sinopsis adalah jurujual. Dengan membaca sinopsis yang pendek dapat menentukan adakah buku itu akan dibawa pulang ke rumah ataupun diletakkan kembali ke rak buku. Cadangan saya adalah tidak melebihi 70 patah perkataan.









pixabay.com

Petikan bab ringkas : Petikan bahagian paling menarik dalam buku kita bertujuan menarik minat pembaca untuk menyelak setiap helaian buku yang sedang dipegang. Cinta pandang pertama yang tidak ada tindakan selanjutnya akan terhenti pada pandangan saja. Ia tidak akan menjadi cinta.


Testimoni Pembaca : Petikan beberapa komen daripada pembaca awal manuskrip kita juga boleh menjadi pendorong kepada pembaca untuk memiliki buku ini. Pelanggan lebih mudah mempercayai produk yang dicadangkan oleh orang lain berbanding kata-kata jurujual itu sendiri.

Kod Bar ISBN : Kod bar ISBN bersama nombor ISBN juga dicadangkan untuk ditempatkan di belakang buku.

Harga Buku : Berkaitan harga buku, apabila Tuan menerbitkan sendiri buku pasti akan menerima dua cadangan. Pertama menyiarkan harga buku dan cadangan kedua tidak meletakkan harga buku pada kulit buku. Ada pro dan kontra terhadap perkara ini, namun saya mencadangkan supaya Tuan-tuan mencetak harga buku pada kulit buku.

Logo Syarikat : Sekiranya Tuan, ada syarikat pastikan ianya ada diletakkan pada cover depan dan juga belakang buku.


Iklan : Iklan yang dimaksudkan adalah gambar-gambar cover buku lain yang telah diterbitkan. Secara tidak langsung, ia dapat memberitahu kepada pembaca bahawa penulis sebenarnya telah menulis beberapa buku lain yang boleh dimiliki.

Cover 2.0 : Pada masa ini, ada juga penerbit yang menjadikan cover belakang sebagai cover kedua selepas cover depan buku.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 15 : Saiz Buku Yang Sesuai Dicetak

Saiz sebuah buku itu ditentukan berdasarkan jenis buku yang mahu ditulis.

Secara asasnya, penulis selfpublish bebas memilih saiz buku yang mahu diterbitkan. Bagaimanapun dicadangkan supaya pastikan penulis melawat kedai buku terlebih dahulu sebelum memilih saiz yang dikehendaki.

Contohnya, jika Tuan mahu menulis kanak-kanan, dapatkan rak buku kanak-kanak yang sama dengan konsep buku Tuan. Kemudian ambil satu buku yang boleh dijadikan rujukan, dan ukur saiz tinggi dan lebar buku itu.

Begitu juga sebaliknya apabila mahu menerbitkan buku motivasi, novel, buku agama dan lain-lain buku. Penulis perlu melawat dulu kedai buku dan pergi ke setiap rak yang berkaitan dengan manuskrip kita.

Tindakan ini dapat menjimatkan duit Tuan-tuan daripada melakukan kesilapan yang berharga beribu-ribu ringgit.

Cadangan bagi saiz buku di atas ini adalah ditujukan khas kepada Tuan-tuan yang mahu letakkan buku di kedai-kedai buku. Disebabkan itu, penulis perlu kenal dengan saiz rak kedai buku.

Baik, selain daripada rak buku penulis self publish juga perlu ambil kira harga untuk pos buku. Sekiranya menggunakan envelope pos prepaid pos laju, buku bersaiz a4 perlu menggunakan envelope berharga RM9. 

Bagi buku bersaiz a5 pula envelope pos laju prepaid pula berharga RM6 tidak termasuk gst.

Ada kejadian penulis menerbitkan buku yang lain daripada yang lain. Situasi ini menyebabkan kedai buku tidak mempunyai rak yang sesuai untuk dipamerkan semua siri buku itu.

Malah kotak bersaiz khas juga perlu dibuat bagi membuat penghantaran buku itu kerana tidak ada envalope yang muat dan sesuai.

Situasi ini membuatkan buku yang sudah dicetak beribu unit naskah itu perlu dicetak semula dalam saiz yang sesuai.

Oleh itu, sebelum mula menulis dan menyiapkan buku. Kenal pasti terlebih dahulu buku yang mahu dijual. Kemudian tentukan saiz buku yang mahu diterbitkan.


Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 14 : Gambar Penulis Pada Cover Buku


pixabay.com

Soalan : Bolehkah jika letak gambar penulis di depan cover buku?



Jawapan : Boleh jika ia dapat meningkatkan jualan buku.


Bagaimanapun, kebiasaanya hanya selebriti dan penulis yang sudah ada peminat tegar saja akan jadikan gambarnya sebagai cover buku.

Malah daripada maklumat yang saya terima ada cover buku yang meletakkan wajah selebriti tidak membantu langsung memanjangkan jangka hayat buku itu terjual. Bagaimanapun maklumat ini tidak ada data sokongan.

Cadangan saya, bagi penulis yang pertama kali menerbitkan buku, elakkan daripada letakkan gambar sendiri pada depan cover buku. Boleh letakkan di belakang cover buku ataupun pada bahagian dalam buku.

Ya, ia adalah cadangan saja. Disebabkan penulis menerbitkan sendiri buku. Penulis ada hak untuk melakukannya juga.

Paling penting, bukan boleh atau tidak meletakkan gambar sendiri pada cover depan. Soalan yang sepatutnya dijawab oleh penulis adakah cover itu dapat membantu jualan buku?

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 13 : Nama Penulis dan Permohonan ISBN

Salam sejahtera, semoga hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam. 

Perkongsian hari ini adalah mengenai nama penulis. Bagi penulis yang menerbitkan buku sendiri seorang diri, kedudukan nama penulis tidak akan menjadi isu yang besar.

Bagaimanapun, jika menulis lebih daripada seorang. Kedudukan nama penulis itu perlulah dipersetujui bersama-sama.

www.freeimages.com


Jika tidak dibimbangi pada masa akan datang ia akan menimbulkan situasi yang tidak seronok. Pastikan semua penulis terlibat jelas dan terang tentang nama siapa di bahagian atas dan nama siapa di bahagian bawah.

Baik, itu semua hal kecil saja.

Fokus dalam artikel kali ini adalah berkenaan nama penulis untuk penulis selfpublish. Sekiranya Tuan mahu mohon ISBN bagi buku yang diterbitkan secara selfpublish seorang diri, ISBN dapat dikeluarkan hanya dengan melengkapkan borang, salinan kad pengenalan dan juga lampiran manuskrip yang diminta.

Namun, jika Tuan menerbitkan sendiri buku bersama dua atau tiga orang rakan, permohonan ISBN perlu dibuat menggunakan syarikat. Salinan sijil SSM dan juga salinan nama pemilik perlu disertakan.

www.freeimages.com

Jika tidak permohonan ISBN itu tidak dapat diproses.


Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Kesilapan Penulis 3 : Terlalu Lama Meraikan Kejayaan Buku Pertama

Selepas buku pertama berjaya diterbitkan sudah pasti seorang penulis itu rasa gembira seperti menerima kelahiran anak yang pertama.

Sudah pasti kita rasa gembira sehingga tidur pun tersenyum seperti hari-hari adalah hari jumaat. Beberapa minggu pertama, kita konsisten bercerita tentang buku yang akan diterbitkan.

Meraikan kejayaan itu adalah hak penulis. Ialah, buku pertama sudah terbit, tak kan nak menangis kesedihan pula.

pixabay.com


Cuma buat penulis yang bercadang mahu hidup sepenuh masa dengan hasil penulisan. Mereka perlu pastikan, kejayaan menerbitkan buku pertama itu tidak akan menghentikan proses mengarang buku kedua dan seterusnya.

Kebanyakan penyanyi dan pelakon yang mahu kekal dalam pasaran kerjayanya akan terlibat dalam penghasilan karya baru sekurang-kurangnya 4 drama ataupun filem sepanjang tahun.

Penulis pula dicadangkan meniru apa yang dilakukan oleh Tere Liye yang menerbitkan antara dua hingga empat judul baru setiap tahun. Lebih bagus jika buku itu bersiri ataupun setidak-tidaknya berada dalam kategori yang sama.

Menulis dalam kategori yang sama dapat memastikan pembaca dalam buku yang sebelum ini kekal membaca karya kita.

Baik, sekian dulu setakat ini.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Kesilapan Penulis 2 : Penulis Kedai Runcit

Kedai runcit sinonim dengan kepelbagaian barang yang dijual daripada barang dapur sehinggalah barang kegunaan di luar rumah.

Mungkin ada yang berkata tidak ada bezanya antara pasaraya dan juga kedai runcit. Nanti dulu, yang membezakan pasaraya dan kedai runcit adalah dalam pasaraya ada bahagian-bahagian khas yang mengasingkan barang elektrik, barang basah, barang kering, pakaian, dan banyak bahagian lagi.

Sedangkan dalam masa yang sama di kedai runcit pula semua barang dihimpunkan dalam satu bahagian.

Jadi bagaimana pula yang dimaksudkan dengan penulis kedai runcit. Ia bukanlah satu penghinaan, cumanya adanya istilah penulis kedai runcit ini disebabkan berlakunya percampuran hasil karya yang ditulis.

Contohnya penulis A ada menulis buku masakan sebagai buku pertama yang diterbitkan. Buku kedua yang diterbikan adalah buku berkaitan pengurusan rumah tangga. Seterusnya beliau menerbitkan buku yang ketiga berada dalam kategori buku sejarah.

pixabay.com

Penulis B pula adalah penulis yang fokus. Buku pertama beliau adalah buku tentang masakan Nasi. Buku kedua pula adalah resepi masakan Kari. Buku beliau yang ketiga pula adalah resepi masakan Daging. Begitulah buku-buku yang seterusnya, semuanya berkaitan dengan masakan yang berbeza adalah tema masakan. Itu saja bezanya.

Penulis C pula menulis dalam pelbagai tema bersama dengan banyak penerbit.

Baik, berdasarkan dua penulis ini. Ada beberapa soalan yang saya mahu tanya kepada Tuan-tuan :

a) Penulis yang manakah akan menerima kemudahan satu rak khas yang ditulis nama mereka?

b) Penulis yang manakah lebih disayangi penerbit untuk mengeluarkan bajet khas bagi mempromosi bukunya?

c) Penulis yang mana satu mudah untuk menerangkan tentang diri mereka dalam satu nafas?

d) Penulis yang mana satu lebih cenderung dilabel sebagai pakar dalam bidangnya?

pixabay.com

Berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, penulis yang lebih fokus menulis dalam satu kategori, setia bersama penerbit yang satu dan kerap turun padang membuat promosi adalah penulis yang berjaya hidup sepenuh masa dengan hasil penulisannya.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 12 : Ketebalan Tulang Buku (Spine)

Semasa membuat design cover buku, antara ukuran yang sukar untuk ditentukan sebenarnya adalah tulang buku atau book spine.

Sebenarnya ia tidaklah sesukar menyiapkan sebuah buku. Caranya mudah saja, dengan syarat tuan-tuan tahu ketebalan kertas yang mahu digunakan semasa mencetak buku itu nanti.

Contohnya, bagi penulis self publish yang mahu cetak secara print on demand di SenangTerbit.com. Kebiasaanya bagi mencetak buku sebanyak 50 hingga 500 unit, kertas yang digunakan oleh pencetak adalah 80gsm.

Ini kerana mencetak menggunakan mesin cetakan digital menghadkan jenis kertas yang boleh digunakan oleh printer.

Sekarang ambil pembaris dan buku yang dicetak menggunakan kertas 80gsm. 

Pastikan kita sudah mempunyai jumlah muka surat lengkap manuskrip yang hendak dicetak. Sebaik-baiknya pastikan jumlah muka surat dalam nombor genap.

Pilih satu bahagian tepi buku contoh itu tadi dan tekan sekuat-kuatnya. Ambil pembaris dan sukat ketebalan buku itu mengikut jumlah muka surat manuskrip yang kita mahu cetak.

Sekarang, Tuan sudah ada ukuran tulang buku untuk digunakan semasa membuat design cover buku.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Kesilapan Penulis 1 : Terlalu Lama Meraikan Kejayaan Buku Pertama

Selepas buku pertama berjaya diterbitkan sudah pasti seorang penulis itu rasa gembira seperti menerima kelahiran anak yang pertama.

Sudah pasti kita rasa gembira sehingga tidur pun tersenyum seperti hari-hari adalah hari jumaat. Beberapa minggu pertama, kita konsisten bercerita tentang buku yang akan diterbitkan.

Meraikan kejayaan itu adalah hak penulis. Ialah, buku pertama sudah terbit, tak kan nak menangis kesedihan pula.

pixabay.com

Cuma buat penulis yang bercadang mahu hidup sepenuh masa dengan hasil penulisan. Mereka perlu pastikan, kejayaan menerbitkan buku pertama itu tidak akan menghentikan proses mengarang buku kedua dan seterusnya.

Kebanyakan penyanyi dan pelakon yang mahu kekal dalam pasaran kerjayanya akan terlibat dalam penghasilan karya baru sekurang-kurangnya 4 drama ataupun filem sepanjang tahun.

Penulis pula dicadangkan meniru apa yang dilakukan oleh Tere Liye yang menerbitkan antara dua hingga empat judul baru setiap tahun. Lebih bagus jika buku itu bersiri ataupun setidak-tidaknya berada dalam kategori yang sama.

Menulis dalam kategori yang sama dapat memastikan pembaca dalam buku yang sebelum ini kekal membaca karya kita.

Baik, sekian dulu setakat ini.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.