Writers Block 4 : Mengajar Ilmu

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Kongsikan ilmu yang kita ada.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN?
Bebas, boleh jadi di perpustakaan, di kopitiam, di dalam kereta dan di mana saja yang sesuai.

c. MENGAPA PERLU BUAT? Zaman sekolah dulu cikgu saya selalu berpesan, “Ilmu tidak akan berkurang apabila kita berkongsi. Ia akan mengukuhkan lagi ilmu yang ada kita dalam masa yang sama. 

pixabay.com


d. BERAPA KOS TERLIBAT?
Tidak ada sebarang kos, melainkan sekiranya kita perlu menggunakan peralatan sebagai alat bantu mengajar.

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN?
Apabila kita berkongi ilmu, ilmu kita tidak akan berkurangan. Sebaliknya ilmu yang kita ada itu semakin mengukuh dan kita akan mendapat ilmu-ilmu baru juga. Jika ada ilmu biologi, fizik dan kimia kita boleh kongsikan dengan orang yang mahu mendengarnya. Apabila kita berkongsi ilmu penulisan, semakin lama penulisan kita dapat perbaiki mutu dan gaya penulisan supaya dapat menjadi lebih bagus, insya-Allah.



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 3 : Solat Hajat

pixabay.com

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Manusia lebih dekat dengan Tuhan apabila mereka sedang mengalami masalah dan diuji. Oleh itu solat hajat adalah salah satu cara untuk kita berinteraksi bersama Tuhan. Sebaik-baiknya kita dahulukan terlebih dahulu dengan solat sunat taubat.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN?
Sama seperti solat istikharah sebelum ini.

c. MENGAPA PERLU BUAT?
Apabila kita mahukan sesuatu, apa yang perlu kita buat ialah rancang, usaha, ikhtihar dan tawakal. Namun kita juga harus berdoa dan meminta supaya Tuhan berikan jalan, bimbingan dan petunjuk kepada kita.

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Percuma!

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN?
Selepas menulis beberapa buah bab, satu masa kita akan rasa seperti penat dan gelisah, dan mungkin juga ada bisikan supaya kita berhenti menulis. Pada masa itu kita perlu gunakan kuasa doa. Laksanakan solat sunat hajat dan ceritakan apa yang yang kita mahu luahkan kepada Tuhan. Ia akan menjadi terapi buat kita seterusnya penulisan dapat diteruskan sehingga siap insya-Allah.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.