Writers Block 7 : Membaca Buku

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Baca, faham dan kaji.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN?
Kita boleh baca buku di mana-mana sekalipun, kecuali di dalam tandas. Namun, dengan adanya ebook dan telefon pintar yang mempunyai pautan internet. Pada masa ini dalam tandas pun ada yang membaca. Cuma ia akan memudaratkan orang yang sedang beratur menunggu giliran untuk melepaskan hajat di perut.


pixabay.com

c. MENGAPA PERLU BUAT? Sebagai penulis, kita perlu pastikan pembaca mendapat ilmu yang boleh mereka amalkan sebaik saja membaca buku. Barulah kita boleh mendapat royalti pahala yang berpanjangan. Atas sebab itu, kita perlu membaca buku yang berilmu supaya kata-kata yang ditulis juga berilmu dan memandaikan pembaca.

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Percuma jika menjadi ahli perpustakaan, berbayar jika membeli buku di kedai.

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN? Buku yang ditulis bersama tanpa disertakan ilmu akan membuatkan pembaca turut tidak mendapat tambahan ilmu. Meskipun buku itu setebal satu jengkal.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 6 : Menjadi Pendengar Yang Baik

pixabay.com

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Kita hanya perlu mendengar.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN? Ada yang menjadi pendengar di warung, di skype, di pejabat dan di tempat-tempat lain.

c. MENGAPA PERLU BUAT?
Pada masa ini, kebanyakan orang gemar meluahkan sesuatu di media sosial. Apa yang kita perhatikan itu sebenarnya merupakan salah satu cara meluahkan perasaan dan apa yang terbuku di hati. Namun perlu berhati-hati supaya tidak mendedahkan maklumat diri penting di media sosial, ia akan menjemput masalah yang lebih besar jika dibaca oleh penjenayah.

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Kos meluangkan masa. Masa adalah satu perkara yang sangat mahal kerana kita tidak ada upaya untuk membeli semula sepuluh saat yang lepas meskipun kita mempunyai emas setinggi menara masjid. Oleh itu, anggap masa yang diluangkan ketika menjadi pendengar sebagai salah satu pelaburan yang kita buat bagi mendapatkan keuntungan pada masa akan datang.

e. APA YANG BOLEH DIPEROLEHI? Kita dapat melihat dan mendengar sisi hidup yang berbeza tanpa kita perlu menanggung kepedihan dan kesedihan mahupun kegembiraan mereka. Hasilnya, kita boleh adaptasi apa yang dikongsikan bersama kita menjadi manuskrip yang seterusnya.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 5 : Wujudkan Taman Mini di Rumah

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Sekiranya ada tanah yang luas, jangan biarkan lalang tumbuh lebih tinggi daripada buku lali kita. Penuhkan tanah itu dengan tumbuhan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN? Rumah, kaki lima, tanah belakang rumah, tanah di depan rumah, menyewa tanah. Namun jika tinggal di apartment ataupun rumah teres, kita masih lagi boleh berkebun.

c. MENGAPA PERLU BUAT? Berkebun dapat berikan terapi kepada kita. Malah apabila kita menanam sayur-sayuran kita boleh juga menjimatkan duit dapur. Hanya perlu petik dari tepi rumah saja.

pixabay.com

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Kos yang perlu dikeluarkan ialah kos anak benih, tanah, pasu, baja dan juga peralatan berkebun. Saya cadangkan jika mahu beli pasu plastik boleh dapatkan di DAISO. Hanya lima ringgit saja harganya berbanding di kedai lain berharga lebih daripada RM30.00.

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN? Selepas penat menaip, rehat sebentar dan bancuh air minuman. Kemudian pergi berjalan di kebun dan lihat tanaman yang sedang tumbuh. Kita dapat mencuci mata melihat tumbuhan hijau selepas menghadap skrin komputer.



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.