Terbit Buku Sendiri 31 : Merancang Bestseller

pixabay.com

Bestseller itu perlu dirancang dan memerlukan usaha yang berterusan. Elakkan daripada mengharapkan buku yang pertama itu laku keras dan terjual sendiri. Tindakan itu akan membunuh semangat dan moral penulis.

Ada penulis kewujudan karyanya baru disedari dan dikenali selepas buku yang ke empat. Jadi sebelum menerbitkan buku, pasarkan karya dan diri penulis terlebih dahulu menggunakan media-media sosial yang sedia ada percuma. Faktor rezeki jangan diketepikan.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 30 : Kesempurnaan Karya Tidak Diperolehi Melalui Satu Kali Kerja.

Kesempurnaan tidak diperolehi dengan satu kali kerja saja. Kesempurnaan adalah proses menambah baik sesebuah karya berulang kali dan berterusan. Sama ada menambah baik karya yang sama ataupun menambah baik dalam karya-karya yang akan datang dan seterusnya.


pixabay.com

Buku yang pertama, cetakan yang pertama sudah pasti ada banyak kesalahan yang perlu dibaiki. Tugas pembaca adalah emelkan maklum balas dan kesilapan kepada penulis. Seterusnya penulis perlu bertindak membaiki kesilapan sebelum membuat cetakan yang seterusnya.

Usah dicari yang terbaik, ia sukar ditemui. Carilah orang yang berpotensi dan mahu menjadi lebih baik.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 29 : Siapa Orang Masjid?

Yang melabelkan seseorang itu orang masjid bukanlah mereka yang pergi ke masjid. Ia berlaku secara spontan. Apabila orang yang tidak pergi ke masjid melihat Mat kerap ke rumah Allah, mereka menggelarkan dia sebagai orang masjid.

Gelaran itu diterima secara spontan disebabkan Mat selalu dilihat berada di masjid pada setiap waktu solat. Tindakan Mat yang konsisten lima waktu sehari itu membuatkan beliau dilabel sebagai orang masjid.

pixabay.com

Sekarang, sebelum menerbitkan buku lagi 3 bulan akan datang, kita mahu dikenali sebagai siapa untuk tempoh tiga tahun akan datang? Sudah ada jawapan? Mulakan gerak kerja secara konsisten setiap hari selama tiga bulan berturut-turut sebelum dan selepas buku diterbitkan.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.


BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 28 : TIDAK ADA IDEA BOLEH TULIS BUKU?

Buku ‘Everything Men Know About Women’ adalah buku yang ditulis oleh Cindy Cashman.

Nama pena yang digunakan bagi melariskan jualan buku adalah adalah Dr. Alan Francis.

Walaupun buku tentang wanita itu tidak mempunyai tulisan yang bercetak. Buku yang diterbitkan secara self publish ini sudah terjual berjuta-juta naskah semenjak 1988!

Selain mencari idea mengarang cerita, penulis juga perlu cari idea mempersembahkan buku.

*Gambar : 9gag

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.


BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 27 : Penulisan Adalah Perniagaan

Menerbitkan buku adalah urusan perniagaan. Selain belajar menulis buku, penulis self publish yang serius juga sebaiknya perlu belajar dan membaca buku berkaitan pengurusan perniagaan dan pemasaran.


Paling asas perkara utama adalah seperti berikut.

MERANCANG KEJAYAAN : Merancang kejayaan ini seperti membuat rancangan untuk sebuah perniagaan bagi tempoh 5 tahun ke depan. Apa yang mahu dicapai? Berapa jumlah yang dimahukan? Apa target yang disasarkan? Paling penting, bila mahu undurkan diri?

MEMBUAT BUKU : Bahagian ini antara yang paling sukar dan mengambil banyak masa. Sedangkan hasil karya iaitu buku yang akan siap nanti, belum tentu lagi dapat membayar semua kos yang sudah dikeluarkan.

pixabay.com
MEMASARKAN : Pemasaran sebaiknya dijalankan seawal 3 bulan sebelum buku diterbitkan.

MENJUAL : Pada masa depan, penulis perlu letakkan kedai buku sebagai pilihan kedua dan ketiga. Atas sebab itu seawal peringkat merancang kejayaan buku, penulis seharusnya sudah mempunyai idea dan kaedah menjual buku yang luar daripada kebiasaan. Ada penulis yang saya kenal menjual buku di kedai yang menjual peralatan bayi. Hasilnya buku beliau diulang cetak dalam masa sebulan.

MENGURUSKAN : Setiap hasil jualan sebaiknya masuk ke dalam akaun semasa. Akaun semasa boleh dibuka secara persendirian ataupun menggunakan pendaftaran perniagaan. Tujuannya supaya setiap duit yang masuk ada rekodnya dan boleh ditunjukkan kepada bank. Pada masa akan datang, apabila penulis mahu membeli aset seperti hartanah. Penulis boleh gunakan penyata bank ini unutk membuat pinjaman bank. Ya, menulis itu bagus. Dalam masa sama hidup juga perlu sentiasa ada peningkatan seiring dengan peningkatan jumlah buku yang diterbitkan.

pixabay.com

MENGEMBANGKAN : Dapat saja duit hasil jualan. Kumpulkan aset. Elakkan daripada menghabiskan duit untuk membeli kemewahan sementara buat tontonan orang ramai.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.


BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 26 : Tuliskan Karya Yang Dapat Dilesenkan Ke Luar Negara

32,000 judul buku telah diterbitkan pada 2014 di Indonesia. 50% daripadanya sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, bahasa arab bahasa Cina, Korea dan Jepun.

Untuk novel Laskar Pelangi sahaja ia sudah diterjemah dan dilesenkan ke beberapa negara seperti berikut :

1. Amerika Syarikat

2. Kanada

3. Australia

4. New Zealand

5. Netherlands

6. German

7. Spain

8. Portugal

9. Hungary

10. Itali

11. Brazil

12. Turki

13. Arab Saudi

14. Malaysia

15. Korea

16. Bulgaria

17. China

18. Taiwan

19. India.

Sumber : Global Perspectives on Book Rights and Licensing 2015


pixabay.com


ANGKA
Pada 2013, jualan buku di Jepun berjumlah USD7.5 billion berdasarkan kadar tukaran matawang pada 2013. Di Jepun juga ada 3,700 syarikat penerbitan yang mana 80% daripadanya berada di Tokyo. Pada nasa yang sama sekitar 60% daripada penerbit di sana hanya mempunyai kurang daripada 10 orang pekerja saja.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Terbit Buku Sendiri 25 : Punca Proposal Penulis Ditolak Penerbit

1. Emel yang dihantar tidak dieja dengan betul dan tanda baca berterabur : Ini adalah tapisan fasa pertama. Sekiranya penulis mengeja cacamarba dalam emel yang dihantar kepada editor, ia memudahkan kerja pihak penerbit untuk menapis calon penulis yang benar-benar serius mahu menulis. Penulis yang boleh mengeja dengan betul dapat menjimatkan kos latihan dan masa penerbit.


2. Tidak ada surat iringan dan maklumat diri : Surat maklumat diri ini bertujuan memberikan gambaran pertama tentang diri penulis. Senaraikan maklumat diri, kerjaya, karya yang pernah diterbitkan, latar belakang pendidikan dan lain-lain yang berkaitan.
pixabay.com

3. Penulis tidak lampirkan bersama pelan pemasaran karya itu : Pelan pemasaran karya ini tidak wajib. Namun jika ada ia adalah bonus kepada penulis. Penulisan dan penerbitan adalah perniagaan. Oleh sebab itu, penerbit suka kepada penulis yang sudah mempunyai minda bisnes.

4. Karya tidak ada inovasi dan tidak ada kelainan dengan buku yang sudah ada dipasaran : Inovasi dan kelainan dapat membezakan karya kita dengan penulis lain. Inovasi tidak semestinya sesuatu yang bombastik. namun, ia memberi nilai tambah kepada penerbit dan pembaca.

pixabay.com
5. Proposal yang dihantar itu tidak kena dengan gaya penerbitan syarikat itu. Ini bukan bermaksud karya kita tidak bagus, cuma perlu cari penerbit yang sesuai. Teruskan berusaha.
BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 24 : Tabiat-Tabiat Penulis

1. Penulis ini akan menulis di sepertiga malam dan berhenti menjelang subuh. Selepas sarapan pagi beliau akan menyemak semula manuskrip yang ditaip malam tadi untuk dibetulkan ejaan dan menambah beberapa idea ke dalam manuskripnya.


pixabay.com
2. Dalam perjalanan ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam, penulis akan mengarang menggunakan telefon bimbit. Selepas taip penulis akan hantarkan ke emel sendiri. Proses berulang setiap pagi dan diedit setelah manuskrip siap sepenuhnya.

3. Ada pengarang akan bercuti selama sebulan dalam setiap tahun untuk membaca buku-buku daripada indonesia bagi menambah koleksi kosa kata agar karya yang mahu ditulis nanti tidak jemu dibaca. Dalam sebulan beliau akan membaca berpuluh-puluh dan ratusan buku. Tidak ada aktiviti menulis sepanjang bulan itu.

pixabay.com

4. Selepas selesai subuh, penulis ini akan mula menghadap komputer dan mengarang 500 patah perkataan setiap hari. Sebulan sekali beliau akan terbitkan karya baru.

5. Ada penulis akan menempah bilik di hotel setiap kali mahu menyiapkan sebuah karya baru. Sekiranya karya itu mengambil masa selama 40 hari untuk disiapkan, beliau akan menetap di hotel selama 40 hari.

pixabay.com

6. Ada ulama memerangkap saintis zaman dahulu diberikan upah beribu keping dinar emas setiap bulan oleh pemerintah. Syaratnya mereka perlu mengarang buku ilmu.

*Jadikan tabiat menulis seperti kita melazimi tabiat memberus gigi 3 kali sehari dan mandi dua kali setiap hari.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Terbit Buku Sendiri 23 : Cara Pantas Menyiapkan Buku Non Fiksyen

1. Baca 4 buku berkaitan buku yang mahu ditulis : Sekurang-kurangnya. Lebih banyak buku dibaca lebih bagus.

2. Sediakan isi kandungan dan tajuk setiap bab : Isi kandungan ini dapat memendekkan masa mencari bahan menulis. Dalam masa sama penulis dapat lebih fokus apabila mereka sudah mempunyai isi kandungan buku yang bakal diterbitkan. Apa yang perlu dibuat seterusnya adalah mencari bahan yang berkaitan dengan isi kandungan saja. Jika temui bahan lain yang menarik, masukkan dalam bank idea.

pixabay.com

3. Senaraikan tajuk kecil dalam setiap bab : Tajuk-tajuk kecil ini membantu penulis mengembangkan isi buku.

4. Tetapkan deadline : Deadline dapat membantu penulis membuat jadual menulis dan memudahkan penulis merancang tindakan pemasaran.

5. Luangkan masa 10 hingga 20 minit saja setiap hari untuk menaip : Menulis secara berterusan adalah tindakan yang boleh membahayakan kesihatan penulis. Tetapkan satu masa khas untuk menulis setiap hari dan fokus menulis pada masa yang ditetapkan sahaja pada setiap hari. Jadikan ia satu tabiat.


pixabay.com

6. Taip mana-mana bab yang mahu ditulis, tidak perlu taip mengikut turutan bab : Perkara penting perlu sediakan rangka buku, isi kandungan dan juga bahan-bahan rujukan yang lengkap sebelum mengamalkan kaedah ini. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk penulis novel yang sudah ada sinopsis setiap bab dan juga biodata watak.

7. Buku siap : Masa untuk jual buku sehingga habis, ulang cetak dan terbit judul seterusnya mengikut perancangan yang telah dibuat.

Elakkan ambil masa berjam-jam untuk duduk dan menaip buku. Cukup luangkan masa 10 hingga 20 minit setiap hari untuk kerja menaip. Sehari satu bab, setahun empat buku.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 22 : Tempoh Masa Menulis

“Cukupkah 10 hingga 20 minit saja setiap hari?”

Ada yang bertanya cukupkah menulis 10 hingga 20 minit sahaja sehari. Jawapannya cukup apabila kita terlebih dahulu sudah buat persediaan dengan menyediakan bahan-bahan yang mahu ditulis.

Macam memasak juga, sekiranya kita tidak tahu memasak mee goreng basah. Sebelum ke dapur, tengok video di youtube dulu. Ataupun buka laman web myresepi dan baca bagaimana caranya mereka memasak mee goreng basah.

Yang membuatkan mee goreng nampak berkuah disebabkan kita letak air asam jawa dan tidak goreng sekali telur di dalamnya. Jika kita pecahkan telur nanti rupanya akan jadi seperti mee goreng mamak.

pixabay.com

Kesimpulannya, sebelum memasak baca buku resepi, tengok video memasak dan kemudian buat. Itu sebab orang pelik tengok orang tua-tua bila memasak mereka campak-campak saja bahan-bahan tanpa sukatan. Sebabnya semua sukatan bahan sudah ada dalam kepala.

Baik, kembali kepada masa menulis 10 hingga 20 minit sehari. Insya-Allah cukup jika kita sudah sediakan maklumat yang mahu dikarangkan.

Sebelum menulis, siapkan rangka buku dulu. Kebiasaannya proses membuat rangka buku ambil masa satu hingga dua minggu.Seterusnya proses menulis jadi lebih pantas.

Ringkasan :
a) Sediakan bahan yang mahu menulis.
b) Susun rangka buku.
c) Mulakan kerja menaip.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.