Sajak-sajak #HajiDell : Viral Gaya Tok Guru.

Nasrudin Hassan


Viral Gaya Tok Guru.
Keluarganya alim,
Ayahnya berilmu,
Ibunya solehah,
Sekolahnya merata,
Gurunya ramai,
Kitabnya berpuluh buah,
Pelajarnya ribuan orang,
Yang mendoakan tidak terhitung.

Kita?

#HajiDell
17.9.2016
15 Zulhijjah 1437


Terbit Buku Sendiri 21 : Umur Pembaca Buku

Umur pembaca akan menentukan jalan cerita, watak, latar tempat, tema dan juga keseluruhan cerita kita. Pembaca secara kasarnya mempunyai tiga pecahan umur. Kanak-kanak, remaja, dan juga dewasa.

Namun sekiranya kita perhalusi lagi, pembaca kanak-kanak boleh dipecahkan seperti berikut :


pixabay.com

  1. Baby Books : 0 hingga 15 bulan
  2. Board Books : 1 hingga 3 tahun
  3. Picture Books : 2 hingga 7 tahun
  4. Easy To Read Books : 5 hingga 7 tahun
  5. Early Chapter Books : 7 hingga 10 tahun
  6. Middle Grade Fiction : 8 hingga 12 tahun
  7. Young Adult :12 tahun ke atas

Sumber : How To Write A Children’s Books And Get It Published

pixabay.com


Apabila sasaran pembaca kita berubah. Cara penulisan dan penyampaian kita turut berubah.

Kita perlu membezakan antara pembaca dan pembeli. Untuk buku dewasa pembelinya juga kebiasaanya orang dewasa. Untuk buku kanak-kanak pembacanya adalah kanak-kanak namun pembelinya orang dewasa.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit buku Sendiri 20 : Perkara Penting Yang Penulis Self Publish Selalu Terlepas Pandang

1. Membuat siri buku : Sebelum mula menulis buku pertama, pastikan penulis sudah mempunyai sekurang-kurangnya 4 tajuk buku yang mahu diterbitkan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Seterusnya sediakan isi kandungan dan juga tajuk-tajuk setiap bab bagi setiap buku yang mahu di terbitkan. Cara ini memudahkan penulis semasa proses menghimpun bahan penulisan.

2. Merancang jadual penerbitan : Dalam setahun rancang bila buku mahu terbit dan buku mana yang perlu keluar dahulu.

pixabay.com


3. Membuat pemasaran sebelum dan selepas buku diterbitkan :
Sampaikan secara konsisten setiap hari selama 3 bulan sebelum buku diterbitkan tentang karya kita yang mahu diterbitkan. Sebaik-baiknya kongsikan artikel ringkas di facebook. Tarik trafik dari facebook itu ke blog sendiri. Dalam masa sama buka juga borang preorder buat mereka yang mahu mendapatkan buku itu apabila diterbitkan nanti.


4. Membuat pengiraan kos menerbitkan buku : Kos menerbitkan buku bukan sekadar kos cetakan saja. Kos lain adalah seperti, edit, layout, design cover buku, pengangkutan, pengiklanan dan lain-lain. Pastikan penulis mempunyai anggaran angka yang dapat dikira. Seterusnya dapat meletakkan harga buku yang tepat serta memperoleh untung.









pixabay.com

5.  Mengurus duit hasil jualan : Sebaik-baiknya, setiap jualan buku direkodkan dalam google drive excell dan juga semua pembayaran perlu masuk ke akaun semasa. Tidak kira sama ada akaun semasa syarikat ataupun akaun semasa persendirian. Akaun semasa yang aktif ini pada masa akan datang jadi berguna apabila penulis mahu membuat pinjaman bagi membeli aset hartanah dan lain-lain.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 19 : Ketahui Exit Plan Sebelum Bermula.

Apabila mahu menginap di hotel, kenal pasti terlebih dahulu di mana letaknya tangga kecemasan dan alat pemadam api.


Sebelum masuk dalam bidang penulisan dan mahu terbit buku sendiri, pastikan kita kemaskini apa tujuan kita masuk dalam bidang ini dan apa hasil yang dimahukan. Apa yang mahu dicapai dan apa yang mahu ditinggalkan.

pixabay.com


TUJUAN : Ada banyak tujuan orang menulis dan menerbitkan buku. Antaranya memandaikan bangsa, mendapatkan royalti yang banyak, menyampaikan ilmu, menyebarkan dakwah dan sebagainya.

HASIL : Antara hasil yang akan diperolehi, mendapat duit royalti. Sedikit atau banyak bergantung atas usaha yang kita lakukan. Kemahsyuran dan dikenali ramai. Ada penulis tidak mahu dirinya dikenali walaupun beliau sudah menulis banyak buku. Mungkin mereka ada sebab tertentu yang menghalang daripada nama sebenar digunakan pada cover buku. Sebagai kad bisnes. Ada penulis, menerbitkan buku tertujuan menjadikan perniagaan yang dijalankan lebih dikenali dan lebih berkredibiliti. Pakar. Ada juga yang menulis dan menerbitkan hasil kajian atau pengalaman bagi berkongsi hasil kepada pembaca.

pixabay.com

TINGGAL : Penulis yang mati akan meninggalkan idea dan karya yang sudah diterbitkan. Moga-moga apabila ada yang mengamalkan semua ilmu kebaikannya penulis akan mendapat ganjaran pahala selagi mana ilmu itu diamalkan orang ramai.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 18 : Cadangan Apabila Blur Dan Kerja Penulisan Terhenti Di Tengah Jalan.

1. BACA SINOPSIS DAN RANGKA BUKU
Tutup semua gadjet dan komputer, kemudian baca semula rangka buku, sinopsis dan sinopsis setiap bab. Membaca ini bertujuan membantu mengingatkan semula kita apa sebab manuskrip ini dikarang dan ke mana cerita ini hendak di bawa. 

Kaedah ini sedikit sebanyak dapat memandu kita semula supaya tidak menulis cerita yang lari daripada perancangan asal. Ini adalah kelebihan yang dimiliki oleh penulis yang telah menyediakan sinopsis dan rangka buku terlebih dahulu sebelum mula menulis.

pixabay.com

2. SARUNG KASUT JOGGING.
Seterusnya, sarung stokin yang sudah dibasuh, pakai pakaian sukan, bergerak ke taman rekreasi yang berhampiran. Sebaiknya pilih tempat riadah yang selamat dari segi cahaya, jumlah orang berada di sana setiap hari dan juga keselamatan trek jogging itu sendiri. 

Buat senaman pemanas badan terlebih dahulu. Lakukan regangan sebelum mula bersenam, ini penting supaya kita tidak mengalami kecederaan semasa beriadah sebentar lagi.

pixabay.com

3. BERSENAM  SETIAP PAGI.
Jadikan amalan bersukan dan beriadah sebagai rutin harian kita setiap hari. Usahakan setiap kali balik dari solat subuh. Kebiasaannya semasa sedang beriadah, penulis akan terima idea-idea baru yang dapat menghubungkan bahagian-bahagian yang terputus dalam menulis karya.

#SelfPublishMalaysia
#TerbitBuku30Hari
#TipPenulisan
#TipMenulis

SELAMAT BERTINDAK!

BACA : Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA juga : Bagaimana memilih saiz buku?

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.