Terbit Buku Sendiri 15 : Saiz Buku Yang Sesuai Dicetak

Saiz sebuah buku itu ditentukan berdasarkan jenis buku yang mahu ditulis.

Secara asasnya, penulis selfpublish bebas memilih saiz buku yang mahu diterbitkan. Bagaimanapun dicadangkan supaya pastikan penulis melawat kedai buku terlebih dahulu sebelum memilih saiz yang dikehendaki.

Contohnya, jika Tuan mahu menulis kanak-kanan, dapatkan rak buku kanak-kanak yang sama dengan konsep buku Tuan. Kemudian ambil satu buku yang boleh dijadikan rujukan, dan ukur saiz tinggi dan lebar buku itu.

Begitu juga sebaliknya apabila mahu menerbitkan buku motivasi, novel, buku agama dan lain-lain buku. Penulis perlu melawat dulu kedai buku dan pergi ke setiap rak yang berkaitan dengan manuskrip kita.

Tindakan ini dapat menjimatkan duit Tuan-tuan daripada melakukan kesilapan yang berharga beribu-ribu ringgit.

Cadangan bagi saiz buku di atas ini adalah ditujukan khas kepada Tuan-tuan yang mahu letakkan buku di kedai-kedai buku. Disebabkan itu, penulis perlu kenal dengan saiz rak kedai buku.

Baik, selain daripada rak buku penulis self publish juga perlu ambil kira harga untuk pos buku. Sekiranya menggunakan envelope pos prepaid pos laju, buku bersaiz a4 perlu menggunakan envelope berharga RM9. 

Bagi buku bersaiz a5 pula envelope pos laju prepaid pula berharga RM6 tidak termasuk gst.

Ada kejadian penulis menerbitkan buku yang lain daripada yang lain. Situasi ini menyebabkan kedai buku tidak mempunyai rak yang sesuai untuk dipamerkan semua siri buku itu.

Malah kotak bersaiz khas juga perlu dibuat bagi membuat penghantaran buku itu kerana tidak ada envalope yang muat dan sesuai.

Situasi ini membuatkan buku yang sudah dicetak beribu unit naskah itu perlu dicetak semula dalam saiz yang sesuai.

Oleh itu, sebelum mula menulis dan menyiapkan buku. Kenal pasti terlebih dahulu buku yang mahu dijual. Kemudian tentukan saiz buku yang mahu diterbitkan.


Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 14 : Gambar Penulis Pada Cover Buku


pixabay.com

Soalan : Bolehkah jika letak gambar penulis di depan cover buku?



Jawapan : Boleh jika ia dapat meningkatkan jualan buku.


Bagaimanapun, kebiasaanya hanya selebriti dan penulis yang sudah ada peminat tegar saja akan jadikan gambarnya sebagai cover buku.

Malah daripada maklumat yang saya terima ada cover buku yang meletakkan wajah selebriti tidak membantu langsung memanjangkan jangka hayat buku itu terjual. Bagaimanapun maklumat ini tidak ada data sokongan.

Cadangan saya, bagi penulis yang pertama kali menerbitkan buku, elakkan daripada letakkan gambar sendiri pada depan cover buku. Boleh letakkan di belakang cover buku ataupun pada bahagian dalam buku.

Ya, ia adalah cadangan saja. Disebabkan penulis menerbitkan sendiri buku. Penulis ada hak untuk melakukannya juga.

Paling penting, bukan boleh atau tidak meletakkan gambar sendiri pada cover depan. Soalan yang sepatutnya dijawab oleh penulis adakah cover itu dapat membantu jualan buku?

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 13 : Nama Penulis dan Permohonan ISBN

Salam sejahtera, semoga hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam. 

Perkongsian hari ini adalah mengenai nama penulis. Bagi penulis yang menerbitkan buku sendiri seorang diri, kedudukan nama penulis tidak akan menjadi isu yang besar.

Bagaimanapun, jika menulis lebih daripada seorang. Kedudukan nama penulis itu perlulah dipersetujui bersama-sama.

www.freeimages.com


Jika tidak dibimbangi pada masa akan datang ia akan menimbulkan situasi yang tidak seronok. Pastikan semua penulis terlibat jelas dan terang tentang nama siapa di bahagian atas dan nama siapa di bahagian bawah.

Baik, itu semua hal kecil saja.

Fokus dalam artikel kali ini adalah berkenaan nama penulis untuk penulis selfpublish. Sekiranya Tuan mahu mohon ISBN bagi buku yang diterbitkan secara selfpublish seorang diri, ISBN dapat dikeluarkan hanya dengan melengkapkan borang, salinan kad pengenalan dan juga lampiran manuskrip yang diminta.

Namun, jika Tuan menerbitkan sendiri buku bersama dua atau tiga orang rakan, permohonan ISBN perlu dibuat menggunakan syarikat. Salinan sijil SSM dan juga salinan nama pemilik perlu disertakan.

www.freeimages.com

Jika tidak permohonan ISBN itu tidak dapat diproses.


Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 12 : Ketebalan Tulang Buku (Spine)

Semasa membuat design cover buku, antara ukuran yang sukar untuk ditentukan sebenarnya adalah tulang buku atau book spine.

Sebenarnya ia tidaklah sesukar menyiapkan sebuah buku. Caranya mudah saja, dengan syarat tuan-tuan tahu ketebalan kertas yang mahu digunakan semasa mencetak buku itu nanti.

Contohnya, bagi penulis self publish yang mahu cetak secara print on demand di SenangTerbit.com. Kebiasaanya bagi mencetak buku sebanyak 50 hingga 500 unit, kertas yang digunakan oleh pencetak adalah 80gsm.

Ini kerana mencetak menggunakan mesin cetakan digital menghadkan jenis kertas yang boleh digunakan oleh printer.

Sekarang ambil pembaris dan buku yang dicetak menggunakan kertas 80gsm. 

Pastikan kita sudah mempunyai jumlah muka surat lengkap manuskrip yang hendak dicetak. Sebaik-baiknya pastikan jumlah muka surat dalam nombor genap.

Pilih satu bahagian tepi buku contoh itu tadi dan tekan sekuat-kuatnya. Ambil pembaris dan sukat ketebalan buku itu mengikut jumlah muka surat manuskrip yang kita mahu cetak.

Sekarang, Tuan sudah ada ukuran tulang buku untuk digunakan semasa membuat design cover buku.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.