Terbit Buku Sendiri 40 : Berapa Unit Terjual Untuk Mendapat Status Bestseller

Tidak ada jawapan yang tepat berkenaan bestseller. Bestseller di US unitnya mencecah jutaan unit. Di Malaysia pula bestsellers berbeza setiap penerbit. Ada yang 1000 unit terjual sudah bestseller dan ada juga yang meletakkan target terjual 100,000 unit terjual baru bestseller. 

Saya berpandangan, apabila kita menulis dengan hasrat untuk mendapatkan hasil jualan yang bestseller itu akan memenatkan. Malah, ia juga boleh menjadi dorongan negatif kepada penulis apabila mereka tidak dapat capai sasaran bestseller itu.

pixabay.com

Antara cadangan yang boleh diberikan kepada penulis adalah supaya mereka membuat rancangan pemasaran terlebih dahulu sebelum mula menulis. Ini bagi memastikan penulis terlebih dahulu tahu apa yang diminta oleh pembaca mereka. Tindakan seterusnya, berikan karya yang telah mendapat permintaan dan promosi secara terancang dan berkala.

Bestseller itu tidak terjadi secara tiba-tiba kepada semua penulis. Ia memerlukan usaha yang banyak.

Tulis karya yang bestseller dunia akhirat.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 38 : Cara Menulis dan Menjadi Pakar Bidang

SOALAN : Bagaimana cara untuk saya mula menulis buku nonfiksyen?

JAWAPAN : Pilih satu bidang yang kita mahir, fokus menulis artikel dalam topik itu selama sebulan di facebook dan blog. Tidak perlu tanya berapa artikel setiap hari perlu ditulis, fokus satu artikel saja dulu setiap hari.

Dapatkan perhatian daripada pembaca, dapatkan respon mereka. Baiki mana yang perlu, terus berkongsi, dalam masa sama mulakan penulisan untuk diterbitkan. Gunakan medium yang kita kuasai sepenuhnya.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 36 : Merancang Siri Buku Memudahkan Kerja Pemasaran

Tuan Suhaimi Sulaiman berkongsi tentang buku terbarunya bertajuk ‘I Hate Reading The Teleprompter’. Beliau juga berkata ada lagi tiga judul baru akan diterbitkan selepas ini. Tajuk-tajuk judul yang akan diterbitkan akan datang juga disebutkan sebentar tadi.


Apabila penulis sudah mempunyai siri judul buku yang mahu diterbitkan, mereka dapat berkongsi dan mempromosi buku yang belum diterbitkan lebih awal. 

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 35 : Penamat Bab Adalah Permulaan Kepada Bab Yang Baru.

Setiap kali siap ubah suai dan jual sebuah rumah, pasangan suami isteri dalam rancangan ‘Flip or Flop’ ini pasti akan berkata, “Time to find another house to flip.”
Atas sebab itu sebaik-baiknya, sebelum menulis buku pertama. Kita sudah mempunyai jadual penerbitan buku untuk tempoh 3 tahun mendatang. Sekurang-kurangnya kita sudah ada tajuk-tajuk yang akan diterbitkan setiap empat bulan akan datang.

pixabay.com


Hanya dengan cara ini, penulis dapat mengekalkan momentum penulisannya dalam masa yang sama dapat membina brand dirinya secara konsisten dan berdisiplin. Namun, perlu diingat dalam pada masa kita sibuk menulis. Perkara asas seperti kesihatan diri, keluarga, agama dan hal berkaitan negara tidak boleh dibakul sampahkan. 


Setiap kali selesai menerbitkan sebuah buku, penulis juga perlu berfikir seperti pasangan di atas ini, “Masa untuk tulis dan terbitkan buku baru.”


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 34 : BIla Masa Terbaik Untuk Mula Menulis?

Menurut ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang. “Ketika saya bersama skuad kebangsaan China, ada penerjun muda yang berusia 14 tahun sudah pun menjadi juara dunia. Di Malaysia pula kita bermula perlahan kerana kebanyakannya baru menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun dan selepas itu barulah berlatih perlahan-lahan disebabkan kemudahan latihan yang terhad.”

theborneopost.com


Apabila kita cerita tentang penulisan pula, saya suka mencadangkan agar kita bermula dengan membaca pelbagai bahan seawal usia muda. Tidak kira surat khabar, majalah, blog, tafsir, kitab karangan ulama, mendengar ceramah, membaca buku dan sebagainya.


Ini kerana, kerja menulis adalah tugas berat yang memerlukan kita para penulis mengolah satu idea menjadi bahan bacaan yang dapat menambah baik nilai hidup para pembaca daripada baik menjadi lebih baik.


Apabila sudah membaca banyak buku, kita lebih mudah menyusun jalan cerita dan mengolah idea menjadi lebih berisi berpandukan ilmu-ilmu yang sudah dibaca, diperhati dan diinovasi.

Masa pertama terbaik untuk bermula adalah semalam, masa kedua terbaik adalah hari ini. Esok belum tentu kita masih ada.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 33 : Takut Menulis

pixabay.com

Ketakutan itu bagus dan perlu ada dalam diri setiap penulis. Ketakutan akan membuatkan kita memastikan buku yang ditulis dapat dimanfaatkan dan menambah baik kualiti hidup pembaca. Ketakutan juga akan membantu kita menapis fakta dan idea agar semua bahan yang dikarang sempurna dan tepat sumbernya.

Ketakutan dapat ditewaskan dengan ilmu. 

1. Baca lebih banyak buku berkaitan topik yang mahu diterbitkan dalam bentuk buku. Sekurang-kurangnya 40 buah.

2. Berkongsi setiap hari secara konsisten di dalam media sosial seperti facebook. Dalam masa sama, bawa juga pembaca di facebook untuk baca lebih lanjut di blog.

3. Fokus berkongsi dalam satu topik saja sehingga buku diterbitkan. Sedikit sebanyak ia dapat membina keyakinan diri berkenaan kemahiran dan kepakaran yang ada pada diri kita.

4. Rancang beberapa judul buku dalam tema yang sama, agar buku itu dapat duduk bersebelahan apabila dijual di kedai buku. Pakar tidak dipandang sebagai pakar selagi mereka tidak menulis dan dapat berkongsi.

5. Gunakan pelbagai rujukan yang ada dan pastikan setiap penulisan itu bersandarkan fakta dan hadis sahih.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 29 : Siapa Orang Masjid?

Yang melabelkan seseorang itu orang masjid bukanlah mereka yang pergi ke masjid. Ia berlaku secara spontan. Apabila orang yang tidak pergi ke masjid melihat Mat kerap ke rumah Allah, mereka menggelarkan dia sebagai orang masjid.

Gelaran itu diterima secara spontan disebabkan Mat selalu dilihat berada di masjid pada setiap waktu solat. Tindakan Mat yang konsisten lima waktu sehari itu membuatkan beliau dilabel sebagai orang masjid.

pixabay.com

Sekarang, sebelum menerbitkan buku lagi 3 bulan akan datang, kita mahu dikenali sebagai siapa untuk tempoh tiga tahun akan datang? Sudah ada jawapan? Mulakan gerak kerja secara konsisten setiap hari selama tiga bulan berturut-turut sebelum dan selepas buku diterbitkan.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.


BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 28 : TIDAK ADA IDEA BOLEH TULIS BUKU?

Buku ‘Everything Men Know About Women’ adalah buku yang ditulis oleh Cindy Cashman.

Nama pena yang digunakan bagi melariskan jualan buku adalah adalah Dr. Alan Francis.

Walaupun buku tentang wanita itu tidak mempunyai tulisan yang bercetak. Buku yang diterbitkan secara self publish ini sudah terjual berjuta-juta naskah semenjak 1988!

Selain mencari idea mengarang cerita, penulis juga perlu cari idea mempersembahkan buku.

*Gambar : 9gag

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.


BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 24 : Tabiat-Tabiat Penulis

1. Penulis ini akan menulis di sepertiga malam dan berhenti menjelang subuh. Selepas sarapan pagi beliau akan menyemak semula manuskrip yang ditaip malam tadi untuk dibetulkan ejaan dan menambah beberapa idea ke dalam manuskripnya.


pixabay.com
2. Dalam perjalanan ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam, penulis akan mengarang menggunakan telefon bimbit. Selepas taip penulis akan hantarkan ke emel sendiri. Proses berulang setiap pagi dan diedit setelah manuskrip siap sepenuhnya.

3. Ada pengarang akan bercuti selama sebulan dalam setiap tahun untuk membaca buku-buku daripada indonesia bagi menambah koleksi kosa kata agar karya yang mahu ditulis nanti tidak jemu dibaca. Dalam sebulan beliau akan membaca berpuluh-puluh dan ratusan buku. Tidak ada aktiviti menulis sepanjang bulan itu.

pixabay.com

4. Selepas selesai subuh, penulis ini akan mula menghadap komputer dan mengarang 500 patah perkataan setiap hari. Sebulan sekali beliau akan terbitkan karya baru.

5. Ada penulis akan menempah bilik di hotel setiap kali mahu menyiapkan sebuah karya baru. Sekiranya karya itu mengambil masa selama 40 hari untuk disiapkan, beliau akan menetap di hotel selama 40 hari.

pixabay.com

6. Ada ulama memerangkap saintis zaman dahulu diberikan upah beribu keping dinar emas setiap bulan oleh pemerintah. Syaratnya mereka perlu mengarang buku ilmu.

*Jadikan tabiat menulis seperti kita melazimi tabiat memberus gigi 3 kali sehari dan mandi dua kali setiap hari.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.