Terbit Buku Sendiri 40 : Berapa Unit Terjual Untuk Mendapat Status Bestseller

Tidak ada jawapan yang tepat berkenaan bestseller. Bestseller di US unitnya mencecah jutaan unit. Di Malaysia pula bestsellers berbeza setiap penerbit. Ada yang 1000 unit terjual sudah bestseller dan ada juga yang meletakkan target terjual 100,000 unit terjual baru bestseller. 

Saya berpandangan, apabila kita menulis dengan hasrat untuk mendapatkan hasil jualan yang bestseller itu akan memenatkan. Malah, ia juga boleh menjadi dorongan negatif kepada penulis apabila mereka tidak dapat capai sasaran bestseller itu.

pixabay.com

Antara cadangan yang boleh diberikan kepada penulis adalah supaya mereka membuat rancangan pemasaran terlebih dahulu sebelum mula menulis. Ini bagi memastikan penulis terlebih dahulu tahu apa yang diminta oleh pembaca mereka. Tindakan seterusnya, berikan karya yang telah mendapat permintaan dan promosi secara terancang dan berkala.

Bestseller itu tidak terjadi secara tiba-tiba kepada semua penulis. Ia memerlukan usaha yang banyak.

Tulis karya yang bestseller dunia akhirat.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 39 : Penuhkan Ilmu Sebelum Bertarung

Buku perlu disiapkan sebelum penulisan bermula. Untuk buku nonfiksyen pastikan kita sudah ada senarai judul buku yang mahu diterbitkan sekurang-kurangnya 4 judul. Setiap judul juga pastikan sudah ada isi kandungan masing-masing. Untuk novel pula pastikan sudah ada sinopsis, sinopsis setiap bab dan juga biodata watak yang terlibat dalam produksi novel itu.

1. Siapkan rangka buku.

2. Senaraikan 4 tajuk buku.

3. Tetapkan jadual dan deadline.



Jika tidak membuat persediaan sebelum menulis, bersedialah untuk menulis sebuah buku selama bertahun-tahun. Pada masa itu mungkin kita akan berkata berikanlah jawapan huraikanlah simpulan biar tenang jiwaku setelah masa lama berlalu.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 38 : Cara Menulis dan Menjadi Pakar Bidang

SOALAN : Bagaimana cara untuk saya mula menulis buku nonfiksyen?

JAWAPAN : Pilih satu bidang yang kita mahir, fokus menulis artikel dalam topik itu selama sebulan di facebook dan blog. Tidak perlu tanya berapa artikel setiap hari perlu ditulis, fokus satu artikel saja dulu setiap hari.

Dapatkan perhatian daripada pembaca, dapatkan respon mereka. Baiki mana yang perlu, terus berkongsi, dalam masa sama mulakan penulisan untuk diterbitkan. Gunakan medium yang kita kuasai sepenuhnya.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 36 : Merancang Siri Buku Memudahkan Kerja Pemasaran

Tuan Suhaimi Sulaiman berkongsi tentang buku terbarunya bertajuk ‘I Hate Reading The Teleprompter’. Beliau juga berkata ada lagi tiga judul baru akan diterbitkan selepas ini. Tajuk-tajuk judul yang akan diterbitkan akan datang juga disebutkan sebentar tadi.


Apabila penulis sudah mempunyai siri judul buku yang mahu diterbitkan, mereka dapat berkongsi dan mempromosi buku yang belum diterbitkan lebih awal. 

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 35 : Penamat Bab Adalah Permulaan Kepada Bab Yang Baru.

Setiap kali siap ubah suai dan jual sebuah rumah, pasangan suami isteri dalam rancangan ‘Flip or Flop’ ini pasti akan berkata, “Time to find another house to flip.”
Atas sebab itu sebaik-baiknya, sebelum menulis buku pertama. Kita sudah mempunyai jadual penerbitan buku untuk tempoh 3 tahun mendatang. Sekurang-kurangnya kita sudah ada tajuk-tajuk yang akan diterbitkan setiap empat bulan akan datang.

pixabay.com


Hanya dengan cara ini, penulis dapat mengekalkan momentum penulisannya dalam masa yang sama dapat membina brand dirinya secara konsisten dan berdisiplin. Namun, perlu diingat dalam pada masa kita sibuk menulis. Perkara asas seperti kesihatan diri, keluarga, agama dan hal berkaitan negara tidak boleh dibakul sampahkan. 


Setiap kali selesai menerbitkan sebuah buku, penulis juga perlu berfikir seperti pasangan di atas ini, “Masa untuk tulis dan terbitkan buku baru.”


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 34 : BIla Masa Terbaik Untuk Mula Menulis?

Menurut ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang. “Ketika saya bersama skuad kebangsaan China, ada penerjun muda yang berusia 14 tahun sudah pun menjadi juara dunia. Di Malaysia pula kita bermula perlahan kerana kebanyakannya baru menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun dan selepas itu barulah berlatih perlahan-lahan disebabkan kemudahan latihan yang terhad.”

theborneopost.com


Apabila kita cerita tentang penulisan pula, saya suka mencadangkan agar kita bermula dengan membaca pelbagai bahan seawal usia muda. Tidak kira surat khabar, majalah, blog, tafsir, kitab karangan ulama, mendengar ceramah, membaca buku dan sebagainya.


Ini kerana, kerja menulis adalah tugas berat yang memerlukan kita para penulis mengolah satu idea menjadi bahan bacaan yang dapat menambah baik nilai hidup para pembaca daripada baik menjadi lebih baik.


Apabila sudah membaca banyak buku, kita lebih mudah menyusun jalan cerita dan mengolah idea menjadi lebih berisi berpandukan ilmu-ilmu yang sudah dibaca, diperhati dan diinovasi.

Masa pertama terbaik untuk bermula adalah semalam, masa kedua terbaik adalah hari ini. Esok belum tentu kita masih ada.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 33 : Takut Menulis

pixabay.com

Ketakutan itu bagus dan perlu ada dalam diri setiap penulis. Ketakutan akan membuatkan kita memastikan buku yang ditulis dapat dimanfaatkan dan menambah baik kualiti hidup pembaca. Ketakutan juga akan membantu kita menapis fakta dan idea agar semua bahan yang dikarang sempurna dan tepat sumbernya.

Ketakutan dapat ditewaskan dengan ilmu. 

1. Baca lebih banyak buku berkaitan topik yang mahu diterbitkan dalam bentuk buku. Sekurang-kurangnya 40 buah.

2. Berkongsi setiap hari secara konsisten di dalam media sosial seperti facebook. Dalam masa sama, bawa juga pembaca di facebook untuk baca lebih lanjut di blog.

3. Fokus berkongsi dalam satu topik saja sehingga buku diterbitkan. Sedikit sebanyak ia dapat membina keyakinan diri berkenaan kemahiran dan kepakaran yang ada pada diri kita.

4. Rancang beberapa judul buku dalam tema yang sama, agar buku itu dapat duduk bersebelahan apabila dijual di kedai buku. Pakar tidak dipandang sebagai pakar selagi mereka tidak menulis dan dapat berkongsi.

5. Gunakan pelbagai rujukan yang ada dan pastikan setiap penulisan itu bersandarkan fakta dan hadis sahih.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 32 : PERSEDIAAN SEBELUM MENERBITKAN NOVEL.

1. Siapkan biodata watak : Biodata watak ini ada saya ulaskan secara ringkas dan lengkap berserta jadual yang para penulis boleh gunakan dalam buku ‘5 Panduan Merangka Watak Berkesan’. Bangunkan biodata watak yang memudahkan kerja penulisan kita dan juga memudahkan pelakon dan pengarah apabila karya itu akan diterbitkan.

2. Siapkan sinopsis setiap bab : Sinopsis setiap bab ini ibarat stesen kereta api yang menghubungkan rel daripada stesen sebelumnya. Tanpa sinopsis setiap bab penulis ibarat sedang memandu kereta api di atas jalanraya. Mereka perlu melalui kesesakan dan menunggu lampu merah bertukar hijau. Dengan memiliki sinopsis setiap bab, ia dapat membantu penulis mengarang dengan tenang dan memenuhi deadline yang ditetapkan. Ini kerana mereka tahu apa yang mahu ditulis, dan bila mahu berhenti.

pixabay.com

3. Mula menulis novel bab demi bab : Kerja menulis ini bergantung atas masa dan disiplin penulis. Tidak perlu tergesa-gesa, mulakan dengan bismillah.


4. Kongsikan sebahagian bab di wattpad : Wattpad adalah platform yang disediakan untuk para penulis berkongsi hasil karya mereka. Jangan upload semua, kongsikan sedikit bab, dapatkan respon pembaca kemudian baiki dan tambah baik jalan cerita.

5. Terbit dan cetak apabila sudah mendapat permintaan daripada pembaca.

Nota : Sebelum berkongsi di atas talian, baca terlebih dahulu syarat-syarat dan peraturan yang dikenakan ke atas penulis. Ada platform perkongsian novel menghalang penulis yang pernah berkongsi di laman web mereka untuk terbit dengan penerbit lain.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.


BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Terbit Buku Sendiri 31 : Merancang Bestseller

pixabay.com

Bestseller itu perlu dirancang dan memerlukan usaha yang berterusan. Elakkan daripada mengharapkan buku yang pertama itu laku keras dan terjual sendiri. Tindakan itu akan membunuh semangat dan moral penulis.

Ada penulis kewujudan karyanya baru disedari dan dikenali selepas buku yang ke empat. Jadi sebelum menerbitkan buku, pasarkan karya dan diri penulis terlebih dahulu menggunakan media-media sosial yang sedia ada percuma. Faktor rezeki jangan diketepikan.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.