Writers Block 7 : Membaca Buku

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Baca, faham dan kaji.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN?
Kita boleh baca buku di mana-mana sekalipun, kecuali di dalam tandas. Namun, dengan adanya ebook dan telefon pintar yang mempunyai pautan internet. Pada masa ini dalam tandas pun ada yang membaca. Cuma ia akan memudaratkan orang yang sedang beratur menunggu giliran untuk melepaskan hajat di perut.


pixabay.com

c. MENGAPA PERLU BUAT? Sebagai penulis, kita perlu pastikan pembaca mendapat ilmu yang boleh mereka amalkan sebaik saja membaca buku. Barulah kita boleh mendapat royalti pahala yang berpanjangan. Atas sebab itu, kita perlu membaca buku yang berilmu supaya kata-kata yang ditulis juga berilmu dan memandaikan pembaca.

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Percuma jika menjadi ahli perpustakaan, berbayar jika membeli buku di kedai.

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN? Buku yang ditulis bersama tanpa disertakan ilmu akan membuatkan pembaca turut tidak mendapat tambahan ilmu. Meskipun buku itu setebal satu jengkal.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 6 : Menjadi Pendengar Yang Baik

pixabay.com

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Kita hanya perlu mendengar.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN? Ada yang menjadi pendengar di warung, di skype, di pejabat dan di tempat-tempat lain.

c. MENGAPA PERLU BUAT?
Pada masa ini, kebanyakan orang gemar meluahkan sesuatu di media sosial. Apa yang kita perhatikan itu sebenarnya merupakan salah satu cara meluahkan perasaan dan apa yang terbuku di hati. Namun perlu berhati-hati supaya tidak mendedahkan maklumat diri penting di media sosial, ia akan menjemput masalah yang lebih besar jika dibaca oleh penjenayah.

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Kos meluangkan masa. Masa adalah satu perkara yang sangat mahal kerana kita tidak ada upaya untuk membeli semula sepuluh saat yang lepas meskipun kita mempunyai emas setinggi menara masjid. Oleh itu, anggap masa yang diluangkan ketika menjadi pendengar sebagai salah satu pelaburan yang kita buat bagi mendapatkan keuntungan pada masa akan datang.

e. APA YANG BOLEH DIPEROLEHI? Kita dapat melihat dan mendengar sisi hidup yang berbeza tanpa kita perlu menanggung kepedihan dan kesedihan mahupun kegembiraan mereka. Hasilnya, kita boleh adaptasi apa yang dikongsikan bersama kita menjadi manuskrip yang seterusnya.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 5 : Wujudkan Taman Mini di Rumah

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Sekiranya ada tanah yang luas, jangan biarkan lalang tumbuh lebih tinggi daripada buku lali kita. Penuhkan tanah itu dengan tumbuhan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN? Rumah, kaki lima, tanah belakang rumah, tanah di depan rumah, menyewa tanah. Namun jika tinggal di apartment ataupun rumah teres, kita masih lagi boleh berkebun.

c. MENGAPA PERLU BUAT? Berkebun dapat berikan terapi kepada kita. Malah apabila kita menanam sayur-sayuran kita boleh juga menjimatkan duit dapur. Hanya perlu petik dari tepi rumah saja.

pixabay.com

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Kos yang perlu dikeluarkan ialah kos anak benih, tanah, pasu, baja dan juga peralatan berkebun. Saya cadangkan jika mahu beli pasu plastik boleh dapatkan di DAISO. Hanya lima ringgit saja harganya berbanding di kedai lain berharga lebih daripada RM30.00.

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN? Selepas penat menaip, rehat sebentar dan bancuh air minuman. Kemudian pergi berjalan di kebun dan lihat tanaman yang sedang tumbuh. Kita dapat mencuci mata melihat tumbuhan hijau selepas menghadap skrin komputer.



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 4 : Mengajar Ilmu

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Kongsikan ilmu yang kita ada.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN?
Bebas, boleh jadi di perpustakaan, di kopitiam, di dalam kereta dan di mana saja yang sesuai.

c. MENGAPA PERLU BUAT? Zaman sekolah dulu cikgu saya selalu berpesan, “Ilmu tidak akan berkurang apabila kita berkongsi. Ia akan mengukuhkan lagi ilmu yang ada kita dalam masa yang sama. 

pixabay.com


d. BERAPA KOS TERLIBAT?
Tidak ada sebarang kos, melainkan sekiranya kita perlu menggunakan peralatan sebagai alat bantu mengajar.

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN?
Apabila kita berkongi ilmu, ilmu kita tidak akan berkurangan. Sebaliknya ilmu yang kita ada itu semakin mengukuh dan kita akan mendapat ilmu-ilmu baru juga. Jika ada ilmu biologi, fizik dan kimia kita boleh kongsikan dengan orang yang mahu mendengarnya. Apabila kita berkongsi ilmu penulisan, semakin lama penulisan kita dapat perbaiki mutu dan gaya penulisan supaya dapat menjadi lebih bagus, insya-Allah.



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 3 : Solat Hajat

pixabay.com

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Manusia lebih dekat dengan Tuhan apabila mereka sedang mengalami masalah dan diuji. Oleh itu solat hajat adalah salah satu cara untuk kita berinteraksi bersama Tuhan. Sebaik-baiknya kita dahulukan terlebih dahulu dengan solat sunat taubat.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN?
Sama seperti solat istikharah sebelum ini.

c. MENGAPA PERLU BUAT?
Apabila kita mahukan sesuatu, apa yang perlu kita buat ialah rancang, usaha, ikhtihar dan tawakal. Namun kita juga harus berdoa dan meminta supaya Tuhan berikan jalan, bimbingan dan petunjuk kepada kita.

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Percuma!

e. APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN?
Selepas menulis beberapa buah bab, satu masa kita akan rasa seperti penat dan gelisah, dan mungkin juga ada bisikan supaya kita berhenti menulis. Pada masa itu kita perlu gunakan kuasa doa. Laksanakan solat sunat hajat dan ceritakan apa yang yang kita mahu luahkan kepada Tuhan. Ia akan menjadi terapi buat kita seterusnya penulisan dapat diteruskan sehingga siap insya-Allah.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 2 : Istikharah

a) APA YANG PERLU DIBUAT? Ambil wuduk, niat dan selesaikan solat sehingga tamat.

b) DI MANA LOKASI CADANGAN? Di masjid, di rumah, di tempat kerja, di surau, di lapangan terbang dan di mana-mana saja.

c) MENGAPA PERLU BUAT? Solat istikharah ini diketahui umum dapat membantu kita membuat keputusan serta serta usaha bagi meminta petunjuk daripada Tuhan terhadap sebarang keputusan yang kita mahu buat. Tidak semestinya perlu solat istikharah hanya ketika hendak memilih calon suami mahupun isteri. Sewaktu hendak membeli kereta, menulis novel, beli rumah dan segala macam lagi pilihan dan keputusan yang hendak dibuat. 

pixabay.com

d) BERAPA KOS TERLIBAT? Percuma dan insya-Allah berhasil, tetapi berat untuk didirikan.

e) APA KAITANNYA DENGAN PENULISAN?
Kita tidak mungkin dapat menulis sebuah novel sehingga siap tanpa izin tuhan. Istikharah dapat membantu kita mendapatkan idea yang berkualiti serta berhikmah. Kesan apabila kita melazimi solat istikharah, insya-Allah kita akan mendapat idea yang yang berkualiti dan terpilih.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Writers Block 1 : Solat Dhuha

a. APA YANG PERLU DIBUAT? Solat dhuha adalah solat sunat dua rakaat yang boleh dilakukan pada waktu pagi sehingga beberapa minit sebelum masuk waktu zohor. Ia dikenali sebagai solat sunat yang kerap dilakukan sebagai ikhtiar untuk dimurahkan rezeki.

b. DI MANA LOKASI CADANGAN? Ia boleh dilakukan di mana-mana saja.

pixabay.com

c. MENGAPA PERLU BUAT? Tujuan asal solat dhuha adalah supaya kita sebagai umat islam dapat meminta rezeki daripada Allah. Rezeki bukan saja dalam bentuk duit dan makanan. Malah kesihatan, ketenangan, kebahagian dan idea juga adalah termasuk di bawah bidang kuasa rezeki.

d. BERAPA KOS TERLIBAT? Percuma!

e. APA HASIL YANG BOLEH DIPEROLEHI? Berdasarkan pengalaman orang yang menjadikan solat dhuha sebagai amalan harian, kerja mereka menjadi mudah, menerima jalan keluar dalam setiap kebuntuan dan mendapat rezeki (idea) yang tidak disangka-sangka.